Wednesday 5 September 2012

Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Saya

Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Saya

       Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan. Majlis ini diadakan di dewan sekolah. Dewan sekolah dihias dengan cantik. Majlis dimulakan pada pukul 8.00 pagi dengan bacaan doa.
      
Selepas itu, lagu negeri Johor, lagu Sekolah dan lagu 1 Malaysia dinyanyikan. Seterusnya guru penolong kanan membaca perutusan Hari Kebangsaan. Kemudian, Guru Besar dan pengerusi PIBG memberi ucapan dan mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan.

       Setelah itu, murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyi beberapa buah lagu patriotisme dengan penuh semangat. Kemudian, murid-murid menyertai perarakan Hari Kebangsaan.

Seterusnya, pertandingan melukis poster, pertandingan menghasilkan Jalur Gemilang, kuiz dan sebagainya diadakan.Pemenang pertandingan diberi hadiah oleh Guru Besar.

Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari dengan  nyanyian lagu Negaraku dan  jamuan ringan.  Sambutan kali ini  sungguh meriah.

Tuesday 24 July 2012

Lawatan ke Zoo Negara

Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Lawatan ke Zoo Negara’.

       Pada masa cuti sekolah yang lalu, sekolah saya telah mengadakan  suatu lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Lawatan ini sertai oleh beberapa orang murid dan guru. Saya turut menyertai lawatan tersebut.

       Kami bertolak pada pukul 6.00 pagi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas. Kami tiba di Zoo Negara pada pukul 10.00 pagi. Kemudian guru kami beratur untuk membeli tiket. Setelah itu, kami masuk ke dalam Zoo Negara.

       Di dalam zoo terdapat pelbagai jenis binatang seperti singa , gajah, zirafah , monyet , buaya , burung  dan sebagainya. Binatang yang liar dikurung di dalam sangkar sementara binatang yang jinak seperti arnab dibiarkan bebas. Suasana di dalam zoo riuh-rendah dengan bunyi binatang  dan kicauan burung.

       Kami sempat menyaksikan satu pertunjukan gajah dan ular di Zoo Negara. Pertunjukan itu diadakan sempena cuti sekolah . Saya gembira melihat gajah bermain bola dan ular menari mengikut bunyi serunai. Saya mengambil beberapa keping gambar sebagai kenang-kenangan.

       Selepas itu, kami berasa penat. Saya dan kawan-kawan saya berehat seketika di beberapa pondok yang disediakan khas kepada pelawat. Kami makan sambil memerhatikan gelagat unggas.

       Pada pukul 5.00 petang kami bertolak pulang. Walaupun penat, lawatan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami. 

Banjir

Tuliskan sebuah karangan bertajuk ‘Banjir’.

       Hujan turun selama tiga hari berturut-turut. Kampung Sentosa dilanda banjir. Banyak tanaman dan ternakan telah musnah. Penduduk kampung berasa gelisah.

       Penduduk kampung diarah berpindah ke sebuah balai raya yang terletak di tempat yang tinggi. Persatuan Bulan Sabit Merah dan pihak polis membantu penduduk kampung berpindah.

       Mereka membawa bersama beberapa dokumen yang penting dan barang-barang kemas. Penduduk kampung tinggal di balai raya selama empat hari.

Mereka diberi makanan, minuman, pakaian dan selimut secara percuma oleh pihak kerajaan negeri. Balai raya sesak dengan penduduk kampung. Keadaan di situ kurang selesa kerana penduduk menghadapi masalah bekalan air untuk dimandi.

Setelah empat hari, air mula surut. Kawasan kampung penuh dengan sampah-sarap dan lumpur. Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan kampung.

Ketua kampung memuji sikap penduduk kampung. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung kerana membersihkan kawasan kampung.

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.