Thursday 26 May 2011

SOALAN UPSR
BAHAGIAN B 2010
1.Tulis sebuah karangan tentang aktiviti-aktiviti yang telah kamu lakukan bersama-
   sama keluarga pada hari cuti.
2.Kamu sedang berbual-bual dengan seorang kawan baharu tentang sekolah kamu.
     Tulis dialog itu selengkapnya.
      kamu boleh menggunakan rangkai kata di bawah sebagai panduan.
       . nama sekolah
       . bangunan sekolah
       . kemudahan yang ada
       . guru dan murid
       . keistimewaan sekolah
3. Permainan bola sepak, badminton, bola keranjang dan hoki adalah antara
    permainan yang disukai oleh murid-murid.
    Tulis sebuah karangan tentang permainan yang kamu suka.
    


SOALAN UPSR
BAHAGIAN B 2009
1.Saya dan keluarga dalam perjalanan ke rumah jiran yang mengadakan majlis   perkahwinan anak mereka. Setibanya kami di sana
Mulakan karangan kamu dengan, ‘Setibanya kami di sana
2. Setiap minggu sekolah kamu mengadakan perhimpunan.
   Ceritakan aktiviti-aktiviti semasa perhimpunan tersebut.
3. Kamu mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di sekolah kamu. Tajuk syarahan itu ialah
 ‘Pentingnya Menjaga Kebersihan’.


SOALAN UPSR
BAHAGIAN B 2008
1. Tulis sebuah karangan yang bertajuk, ‘Cita-cita Saya’.
2. Kamu dan kawan-kawan kamu telah menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ceritakan pengalaman kamu itu.
3. Kamu telah berpindah  ke rumah baharu.
    Tulis sepucuk sepucuk surat kepada kawan kamu untuk menceritakan keadaan rumah itu.




No comments:

Post a Comment