Tuesday 6 September 2011

Tulis sebuah karangan bertajuk ‘ Aku Sebuah Komputer’


       Aku sebuah komputer. Namaku ‘Acer’. Badanku berwarna hitam. Aku dilahirkan di sebuah kilang komputer di Jepun.


       Aku dieksport ke negara Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai komputer. Aku dipamerkan di dalam sebuah almari kaca bersama kawan-kawanku.


       Pada suatu hari, seorang pemuda datang ke kedaiku untuk membeli sebuah kamputer. Hargaku RM 2000. Beliau membeliku kerana aku cantik dan murah. Aku dibawa pulang ke rumahnya. 


       Aku dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Tuanku menggunakanku untuk menaip, melayari internet dan menyimpan data. Aku berasa sangat bangga dan gembira.


       Lama-kelamaan, aku  menjadi buruk. Pada suatu hari,aku telah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Tuanku berasa sedih.


       Tuanku membuangku ke dalam sebuah tong sampah. Aku menangis teresak-esak. Maka tamatlah riwayat hidupku.






No comments:

Post a Comment