Tuesday 6 September 2011


Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Hobi Saya’.


       Setiap orang pasti mempunyai hobi. Begitu juga dengan diri saya. Hobi saya membaca buku cerita.


       Di sekolah saya mempunyai sebuah perpustakaan yang cantik. Saya membaca buku cerita di perpustakaan sekolah pada waktu rehat. Saya juga meminjam buku dari perpustakaan.


       Saya juga suka membeli buku cerita. Saya selalu membeli buku di pameran buku dan di kedai buku. Kini, saya mempunyai hampir 300 buah buku cerita.


       Di rumah saya juga ada sebuah perpustakaan mini. Di dalam perpustakaan ini mempunyai buku cerita, majalah, surat khabar, novel, buku rujukan dan kamus.


       Pada waktu malam sebelum tidur saya membaca buku bersama ahli keluarga saya. Setiap hari Ahad, saya dan ahli keluarga saya pergi ke perpustakaan awam.


       Saya selalu mencatat ringkasan cerita di dalam buku Nilam. Ibu bapa saya sering memberi dorongan kepada saya. Saya memilih hobi ini kerana membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Ilmu pelita hidup.





1 comment:

  1. Harrah's Casino in Chester, PA - JTHub
    Harrah's 충청북도 출장마사지 Cherokee Casino Resort is conveniently located 서귀포 출장안마 just south of Philadelphia on the North Carolina 원주 출장안마 하남 출장마사지 Harrah's Cherokee Casino Resort is conveniently located just south of 상주 출장마사지

    ReplyDelete