Sunday 22 July 2012


Anda setiausaha rumah sukan. Sediakan suatu laporan tentang sukan tahunan sekolah anda.


Laporan Sukan Tahunan SJK(T)  Rini, Skudai


   Pada  5 Mac 2012  sekolah ini  telah mengadakan sukan tahunan kali yang ke – 24. Majlis ini diadakan di padang sekolah pada pukul 9.00 pagi. Padang sekolah dihias dengan bendera yang berwarna-warni.

       Ramai ibu bapa datang menyaksikan sukan ini. Acara sukan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat.Setelah itu, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru memberi ucapan dan merasmikan majlis ini.

       Selepas itu, acara sukan seperti lari pecut, lari berganti-ganti, lompat jauh, lontar peluru, dan sukaneka diadakan. Murid-murid mengambil bahagian dengan penuh semangat.

       Rumah Merah muncul sebagai johan. Rumah Kuning pula muncul sebagai naib johan. Rajendran dan Selvi dipilih sebagai olahragawan dan olahragawati. Tuan Guru Besar memberi hadiah kepada para pemenang.

       Sukan tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Setelah itu, murid-murid pulang ke rumah dengan gembira. Kegiatan sukan boleh melahirkan insan yang sihat.


Laporan disediakan oleh,                                  10 Mac 2012
…………………………………
(N.AJAY KUMAR)
Setiausaha,
Rumah Merah.

No comments:

Post a Comment