Anda menyertai suatu
perkhemahan pengakap. Tuliskan pengalaman anda.
Pada cuti penggal sekolah yang lalu, pasukan pengakap sekolah saya telah
mengadakan perkhemahan di Hutan Bandar. Perkhemahan ini diadakan selama tiga
hari dua malam.
Perkhemahan ini disertai oleh 40 orang
murid dan 8 orang guru penasihat. Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas yang
disewa khas.Kami membawa khemah, barang-barang untuk memasak, lampu suluh dan
sebagainya.
Setelah tiba di tapak perkhemahan, guru
penasihat membahagikan tugas. Pengakap lelaki mendirikan lima buah
khemah.Pengakap perempuan pula ditugaskan untuk mencari kayu api dan memasak.
Pelbagai aktiviti seperti pertandingan memasak, kawad kaki, pertolongan cemas,
dan mencari harta karun diadakan.
Pada waktu petang pula diadakan permainan
sukaneka dan aktiviti mendaki gunung. Pada waktu malam pula diadakan unggun
api. Peserta perkhemahan membuat persembahan seperti nyanyian, lakonan, tarian
dan sebagainya.
Pada hari terakhir perkhemahan, peserta
diberi sijil dan cenderahati. Sebelum pulang kami bergotong-royong membersihkan
tapak perkhemahan. Perkhemahan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman
kepada kami.
Walaupun penat, kami berasa sungguh
seronok. Perkhemahan seumpama ini dapat mengeratkan perhubungan.
No comments:
Post a Comment